Meniti hari-hari sebegini
Melayani hati yang semakin hilang
Seolah hati ku bukan milik ku lagi
Dan perasaan yang membendung diriku
Bukanlah aku yang pinta
Hatiku bukan milikku lagi
Hilang terbawa oleh cinta
Benarkah cinta ini
Atau hanya fantasi?
Ku bangkit dari hari-hari yang dulunya sepi
Kini hari ku berwarna-warni
Seolah ada penghibur menemani diriku
Seolah mimpi itu realiti
Kini hati ku bukan milikku lagi
Kerana hatiku ini berada di dalam dirimu
Tak mampu ku capai
Tak mampu ku elak
Kerana hatiku bukan milikku
Aku hilang kawalan
Siapakah aku
Apakah aku
Seolah hanya jasadku yang menemani
Sedangkan diriku telah hilang di buai mimpi
Dan hari ini aku sedar dari mimpi yang indah ini
Kerana aku tahu
0 comments:
Post a Comment