Assalamualaikum semua


Sekarang ni aku tengah menyiapkan novel aku. Bukan senang nak buat novel rupanya. Karakter dia, jalan cerita dia, klimaks dia, penceritaan awal pertengahan dan akhir. Tapi yang aku sangat syukur bila aku menaip je datang idea plup plup plup, so aku type je then aku scan semula dan baiki mana yang error. Tapi bukan senang la, bagi siapa yang mampu buat novel aku sangat tabik la. Nanti esok lusa aku sambung balik sudahkan novel aku nanti. Semoga novel aku diterima oleh semua orang la nanti.


BYE 

 Hari ni birthday aku. Semua orang akan cakap, bestnya birthday tarikh macam ni. Actually abah aku nye birthday 12.12.2022. Hari tu mak2 sedara aku datang. Makteh dan makngah. I love them so much especially makteh. She is so deary, kind and loving. Sifat dia pun lemah lembut je. I love her so damn much. Aku tak sanggup nak lukakan hati dia. Dia adik Umi aku. Since aku sakit dari kecik thats why dia sayang aku lebih, semua orang macam tu. They treat me better. Actually aku suka kalau aku boleh jalan2 jumpa dia, tapi since aku dah start dialisis, memang susah la pergerakan aku ni. Makteh aku ada kanser, tolong doakan semoga kanser dia hilang please. Umi aku dulu pun meninggal sebab kanser, dan aku pula ada SLE. 


Berbalik kepada tarikh lahir aku, harapan aku dapatlah aku makan tiram bila siblings aku semua balik nanti hehehehe. Bila aku tengok je video2 yang orang2 makan tiram tu terliur sungguh aku.

 Assalamualaikum


Tadi akhirnya aku dapat jugak call Nuffnang. Tapi dia suruh aku anto email plak, adesh. So aku pun hantar je la. Tapi till now masih belum ada balasannya. Cemane ni ye. Takpe, nanti next week aku call lagi. Aku akan cuba jugak settle kan masalah Nuffnang ni. Aku suka buat duit dengan Nuffnang biarlah walau sikit pun, takpe. At least blog aku nampak ceria dengan adds tu. Hopefully cepat2 la diorang reply aku punya permasalahan tu. Yang peliknya, diorang tak boleh settle ke masa aku call dia tu. Takpe2, kita buat je sampai boleh. Selagi tak settle, selagi itulah aku akan update pasal masalah ni. Bila blog aku penuh dengan adds, baru aku puas hati huhuhu.


Btw sesiapa yang nak contact Nuffnang boleh email di

nuff@nuffnang.com



 Adoyaiy, aku stress betul dengan Nuffnang ni. Diorang langsung tak angkat aku call. Gambar nuffnang pun dah tak ada dalam blog aku. Aku call pun dia buat macam tak wujud je aku ni. ERmmm..... Mungkin sebab lama sangat aku mendiamkan diri. Tengokla cemane nanti, kalau dapat selesai kita selesaikan.

 Assalamualaikum


Sekarang ni aku tengah mempersiapkan novel. Novel yang menceritakan tentang percintaan seorang gadis elit dan pemuda kampung. Ada banyak plot twist nanti dalam cerita ni. Harap semua bagi sokongan dengan novel aku nanti hahahaha. Tak tahu orang minat nak baca ke tak nanti, tapi aku cuba buat yang terbaik. Hopefully tercapai la cita-cita aku nanti untuk menerbitkan bukunovel karya sendiri. Oklah tu je aku nak cakap. Taknak cakap panjang - panjang sebab tak ada orang baca pun hahahaha


Ok bye

 Assalamualaikum semua


Aku baru je balik dialisis hari ni. Hari yang sangat rumit untuk aku. Semua kerana kepala hotak aku yang berjambul ni. Aku tak tahu sampai bila aku kena hadap penyakit yang dalam otak aku ni. Aku stress setiap kali pergi dialisis. Dah la tu au terasa ada benda mengganggu aku, arghhhhhh my life is so fucked up. Macam macam penyakit yang ada dalam diri aku sorang ni. Btw kalo korang nak tahu jarum untuk dialisis besar weyhhhh. 3 kali seminggu sepanjang hayat. Doakan aku dapat donor yang sesuai. Aku dah letih nak dialisis sebenarnya. Aku macam menyusahkan ramai orang di sekeliling aku. Walaupun aku tau semua orang baik baik dengan aku tapi aku tak selesa sebab penyakit yang ada dalam kepala aku ni. Dah macam macam cara aku berubat, tapi kesudahannya tetap macam ni juga. Aku harap ada la sinar harapan untuk aku lepas ni. Doakan aku sembuh guys (sesiapa yang membaca entry ni). Lama aku tak buat review novel. Takpela, since blog dah bukak so banyak la aku boleh buat dengan blog ni ye tak.


Ok lah sekian

 Assalamualaikum semua


Pagi pagi dah buat entry baru. Senang la wifi dah ada kat rumah. Hari ni aku kena dialisis lagi. 3 kali seminggu. Perit tau sebab jarum dia besar. Aku sekarang nak terbitkan buku cerita tapi idea kadang ada kadang tak ada hahahaha. Berbalik kepada dialisis dah setahun rupanya aku dialisis. Syukur sebab aku dapat nurses yang semuanya baik baik. Semuanya hati baik baik. Dan lagi beruntung sebab aku dapat kakngah yang tak jemu jemu menjaga aku bila dialisis. Dialah pengganti Umi aku dalam menjaga aku. Aku hanya perlu ikut arahan sahaja, semua dia dah sediakan. Tanpa dia aku tak tahu macam mana jadi pada aku. Dia yang sediakan makanan, ubat dan consult dengan doktor. Syukur sangat atas anugerah yang Allah sediakan untuk aku.

Labels

Archive