Assalamualaikum semua
Pagi pagi dah buat entry baru. Senang la wifi dah ada kat rumah. Hari ni aku kena dialisis lagi. 3 kali seminggu. Perit tau sebab jarum dia besar. Aku sekarang nak terbitkan buku cerita tapi idea kadang ada kadang tak ada hahahaha. Berbalik kepada dialisis dah setahun rupanya aku dialisis. Syukur sebab aku dapat nurses yang semuanya baik baik. Semuanya hati baik baik. Dan lagi beruntung sebab aku dapat kakngah yang tak jemu jemu menjaga aku bila dialisis. Dialah pengganti Umi aku dalam menjaga aku. Aku hanya perlu ikut arahan sahaja, semua dia dah sediakan. Tanpa dia aku tak tahu macam mana jadi pada aku. Dia yang sediakan makanan, ubat dan consult dengan doktor. Syukur sangat atas anugerah yang Allah sediakan untuk aku.
0 comments:
Post a Comment