Hari ini hujan lebat di kampung aku. Air pun dah nak naik, tapi kawasan rumah aku okay lagi, masih belum di naiki air. Desas desus mengatakan air akan naik di kawasan Pasir Mas, itu aku tak pasti di kawasan mana. Tapi hujan lebat di kampung aku dah bermula dari semalam. Telaga  di rumah aku pun dah nak penuh dengan air, Alhamdulillah. 


Ni pun hujan masih lebat turun. Tak tahu bila nak berenti. Ingat nak tido je, tapi bila fikir novel belum siap aku utamakan menulis novel dulu. Benda yang malas aku nak tangguh-tangguhkan. Aku pun tak pasti boleh terbit ke tak novel aku ni nanti. Adakah fixi akan terima novel aku yang tak seberapa ni. Aku dah mesej dan email alaf21 tapi masih belum dapat reply. JHarap- harap mereka reply nanti.

0 comments:

Labels

Archive