Hari ni aku kena dialisis lagi, 3 kali seminggu. Ahad Selasa Khamis. Boringnya hanya Allah yang tahu. Kami semua berusaha untuk hidup. 4 jam cuci darah dan buang air. Dalam masa 4 jam tu macam2 berlaku dalam kepala otak aku. Aku ada psycosis. Jadi aku sangat terbeban kalau dialisis. Aku rasa macam orang lain boleh dengar suara dlam kepala aku. Aku jadi sangat insecure dengan diri sendiri. Tolong doakan aku cepat-cepat sembuh. Tak sanggup dah aku nak hidup macam ni. Besar sungguh dugaan aku kat dunia ni. Aku kena redha sahaja. Syukur Allah masih sayangkan aku. Semua orang jaga aku dengan baiknya. Tak terbalas segala jasa orang yang menjaga aku baik keluarga ataupun nurses dan ppp. Aku bersyukur di lahirkan dalam situasi di mana orang boleh faham tentang keadaan aku. Susah nak terima orang macam aku, tapi aku bernasib baik kerana dapat di terima oleh semua orang. Harapan aku satu je, agar orang lain tak tersakiti oleh penyakit aku ni.


Bye, aku nak pergi dialisis sekarang ni.

0 comments:

Labels

Archive