Hari ni hari ahad, so aku kena start dialisis. Aaku kena dialisis 3 kali seminggu. Ahad Selasa Khamis. Hujung minggu ni aku nak ke Johor tengok anak sedara aku yang baru lahir. Uwais namanya, comel sangat. Terima kasih untuk adik iparku yang memberikan sinar cahaya untuk kami semua.


Berbalik pasal dialisis, aku dah dekat setahun dialisis buah pinggang ni. Macam2 ujian terpaksa aku terima. Nak hidup terpaksa la redha dengan semua yang ada. Suara2 dalam kepala aku ni tak tahu bila nak hilang. Aku dah stress sebenarnya dengan suara2 ni. Aku cuma taknak orang benci aku je. 


Dan lagi satu, makteh aka emak saudara kesayangan aku sakit. Dia ada kanser. Aku mohon semua tolong doakan dia sentiasa sihat walafiat dan sembuh dari kanser dia. Itulah ujian dunia untuk mendapatkan pahala. Allah sentiasa bersama dengan orang2 yag sabar.


Btw berbalik kepada dialisis, jarum dia sangat besar weihhh... setiap kali cucuk memang sakit la. Tapi kita kena redha kan hati la. Memang kena hadap la sakit tu 3 kali seminggu. 


Ok la, aku stop setakat ini dulu.

0 comments:

Labels

Archive